Saturday, November 17, 2012

Tentang Asid Folik

Source Extracted from Google
Got to know from a colleague wif regards Asid Folik nih... Asid Folik or Folic Acid merupakan kumpulan vitamin B di mana it functions as an agent di dalam pertumbuhan dan pembinaan sel-sel di dalam tubuh manusia. 

To those out there yang planning to get preggy, adalah disyorkan untuk mengambil di dalam kuantiti 400mcg atau 0.4mg folic acid per day. Seelok-eloknya after makan la. If uols ambik folic acid nih dalam kuantiti yang berlebihan ia akan dikumuhkan melalui urine dan tak ader side effect...diulangi, tak ader side effect... So don't worry kalau terlebih ambik dari kuantiti yang disyorkan... ^_^

According to studies, kepentingan folic acid nih dapat membantu pembentukan saraf dan otak semasa bayi tersebut berada di dalam kandungan ibu, sebelum dan semasa wanita itu preggy. So to those yang planning nak preggy disyorkanlah untuk mengambil acid folic 2 atau 3 bulan before pregnancy. 

Acid folik nih mampu mengelakkan janin atau bayi dari terkena simptom kecacatan bayi yang dipanggil "NEURAL TUBE DEFECT" or NTD. NTD biasanya terjadi 3-4 minggu selepas persenyawaan yang mana sebelum kita tahu bahawa kita sedang hamil. Sebab tulah to those women or wifey out there yang planning to get preggy harus mengambil 400mcg asid folic 3 months before conception. Prevention is better than cure kannnn?

Asid folik juga dapat membantu mencegah kecacatan pada bayi dalam lingkungan 50% to 70% probability dari ianya berlaku. Asid folik jugak membantu dalam pembentukkan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi. From info yang saya baca, orang yang pernah mengamalkan makan asid folik before and during pregnancy menjadikan kulit bayi yang lahir nampak gebu, cantik dan so on so forth. 

Dats why la kita digalakkan mengambil acid folic before preggy. Kebanyakkan dari kita akan dapat mengetahui kita preggy setelah hampir berakhirnya fasa pertama. Sebenarnya, pembentukan jantung, otak dan tulang belakang terjadi masa minggu ke-4. For sure time-time cenggini, kita tak tahu kita preggy ke tak kan? 

Acid folik juga kita boleh jumpa dalam sumber makanan harian kita seperti daging lembu, barli, ragi dalam tapai, beras perang, keju, ayam, sayuran hijau seperti brocolli, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, bijiran dan dalam buah kurma.

Nak beli kat mana? Ala kat pharmacy ada uols...harga sekotak pown tak mahal and supply sekotak tu, cukup untuk sebulan uols...berlebih-lebih pown ada...so, kalau planning for pregnancy ape lagi... startlah makan acid folik ek... ^_^

Thursday, August 2, 2012

Pro & Cons Between Normal Birth & Cesarean

Source Extracted from Google
Cakap or cerita tentang bab bersalin nih... Hu hu hu... Seyesly mengaku, saya memang yang dah memang penakut nih dan x tahan sakit nih, rasernye cam gulp...nak telan air liur pown tak mampu... Cam raser ngeri jer... Tapi bila tengok kengkawan semua yang dah ada baby cam occay jer... Pujuk-pujuklah hati cam x de ape kowt... Diaorang occay je...Ekekekeke.... Ye lah... cam bertarung nyawa tu kowt? Tu sebab mak-mak kita biler kiter melawan cakap diaorang or terkasar bahasa / perbuatan dengan diaorang ...diaorang tacing kay? Bukan senang nak melahirkan nih...

Ada orang prefer bersalin secara normal... ada orang prefer bersalin secara cesarean... Me? Biler sampai waktu dan ketikanya (InsyaAllah)...nak bersalin normal ke nak bersalin cesarean? Jawapannya x tau kay... Hu hu hu...So dats whylah jalan jalan kat blog akak sorang nih kat http://girlperak.blogspot.com dan terbaca tentang nih....

KAEDAH BERSALIN SECARA NORMAL


Cara bersalin normal, seperti yang kita ketahui, bayi keluar melalui 'birth canal' si ibu.

KELEBIHAN


1. Masa untuk pulih kembali singkat
2. Bayi yang dilahirkan lebih bertenaga dan sihat
3. Ibu dapat merasai satu kepuasan kerana berjaya melahirkan anak (I guess it's true though, sebab pernah once my lecturer cerita, once you see your baby semua sakit dah hilang)

KEKURANGAN


1. Keadah yang digunakan tidak nampak bersih (erm...x taulah apa yang akak ni maksudkan, sebab dua-dua pun nampak darah jugak... hu hu hu)
2. Masa untuk bayi dilahirkan tidak boleh dijadualkan (dah kater normal so natural la kan ikut flow)
3. Merasa sakit yang amat sangat semasa melahirkan dan tidak menggunakan bius (erkss...gulp...cam takowt jer dengar explanation akak nih... )

KAEDAH BERSALIN SECARA CESAREAN


Kaedah ini melalui cara melahirkan bayi melalui teknologi masa kini, iaitu menggunakan medium pembedahan. Jika secara normal bayi dilahirkan dari 'birth canal' si ibu, berbeza dengan kaedah cesarean, melalui pembedahan di bahagian abdomen si ibu. (cam saya masa kekecik, lahir pra matang dan melalui cesarean) 

KELEBIHAN


1. Tidak merasa sakit semasa pembedahan. (no wonder one of my fwen masa dah tak tahan sakit tu merayu sangat kat doktor suruh wat cesarean birth untuk dia)
2. Masa diperlukan cuma beberapa minit sahaja. (wah pantas)
3. Masa kelahiran boleh dijadualkan.
4. Menggunakan bius semasa pembedahan.
5. Semasa pembedahan, keadaan lebih bersih.

KEKURANGAN


1. Selepas pembedahan akan merasa sakit yang amat.
2. Anak lebih terdedah kepada penyakit.
3. Kebanyakan kes juga melaporkan anak yang dilahirkan melalui kaedah cesarean menghidap 'wet lung'. Ataupun paru-paru berair.
4. Apabila kelahiran dijadualkan, dirisaukan bayi yang dilahirkan akan mengalami pra-matang.

Hurm...dua-dua pun ada pro and cons.... terpulang pada kekuatan fizikal dan mental memasing la kan? Tu sebab support suami tu penting... Dua-dua pown sakit...Mana la nak ada bersalin tak sakit ye tak? Dah dijadikan Allah perempuan, inilah salah satu tanggungjawab, amanah dan perkara yang perlu dilalui oleh seorang perempuan...

Nanty-nanty saya jenjalan lagi dan carik lagi info pasal nih..and share kat sini kay?

Friday, July 27, 2012

Perkara Yang Perlu Suami Ketahui Ketika Isteri Hamil

Source Extracted from Google
Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa hamil. Hal ini disebabkan pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutama daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana yang masih tidak lagi memahami situasi ini.

Apakah perkara yang perlu dilakukan oleh suami semasa isteri mereka hamil?

Luangkan Masa Bersama Isteri
Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada di samping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Membantu Pemakanan Isteri
Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka hamil, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

Tidak Perlu Bertanya, Terus Lakukan
Semasa isteri hamil, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri suami yang baik.

Belajar
Semasa isteri anda hamil, mereka akan mengalami perubahan besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

Membantu Menyiapkan Hidangan Makan
Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

Membantu Menjaga Anak Yang Lain
Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Membawa Isteri Ke Mana Sahaja
Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi. 

Pinjamkan Tangan Anda Pada Isteri
Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Artikel: iluvislam.com
Penulis: Khairul Amnan Bin Osman

Wednesday, July 25, 2012

Pre Pregnancy Check Up

Source Extracted from Google
Salah satu hal yang akhir-akhir ini sering ditanyakan oleh pasangan yang sedang merencanakan kehamilan adakah perlukah dilakukan medical check up sebelum terjadinya kehamilan?

PRE PREGNANCY CHECK UP sebenarnya merupakan langkah awal yang penting dilakukan pada saat pasangan sedang mempersiapkan kehamilan. Bahkan, di negara-negara belahan barat sana, Pre Pregnancy Check Up sudah dianggap suatu perkara yang harus.

Dengan melakukan Pre Pregnancy Check Up ini, kita dapat mencegah terjadinya kelainan atau ketidaknormalan pada janin yang akan dikandung nantinya, mengingatkan condition kesihatan ibu pada saat mengandung akan mempengaruhi janin yang dikandungnya. Bila memang pada saat Pre Pregnancy Check Up ditemukan sebarang kelainan, so condition ini boleh diperbaiki terlebih dahulu sehingga bila saatnya hamil, baby juga boleh dipastikan akan sihat. Di samping itu, dengan mengetahui masalah lebih awal, proses dan usaha untuk mencapai kehamilan pun menjadi lebih mudah dan cepat.

Test apa saja yang biasanya dilakukan ketika Pre Pregnancy Check Up? Sebab Pre Pregnancy Check Up bertujuan mengevolusi condition kesihatan ibu dan pasangan/suami termasuk gaya hidup yang mempengaruhi kesihatan mereka, so test yang dilakukan generally meliputi:

RIWAYAT KESIHATAN KELUARGA


Test dimulai dari cek darah, rhesus, penyakit-penyakit yang pernah dihidap, dan kelainan-kelainan bawaan (if any) yang dialami oleh pasangan mahupun anggota keluarganya. Bila ditemui penyakit seperti epilepsi, diabetes dan tekanan darah tinggi, so doktor akan melakukan perawatan khusus pada ibu selama menjalani kehamilan. Demikian juga dengan adanya kelainan-kelainan bawaan, doktor akan melakukan test lanjutan untuk melihat kemungkinan menurun atau tidak pada calon janin.

KEADAAN KESIHATAN PASANGAN


Test BMI (Body Mass Index), terlalu gemuk atau sebaliknya terlalu kurus sehingga diperlukan diet khusus. Test alat reproduksi calon ibu dan pasangannya/suami, cek keadaan rahim, indung telur, saluran telur, either bebas dari myom dan sejenisnya. Cek kualiti sel telur yang siap untuk dibuahi, kualiti dan pergerakan sperma yang memungkinkan untuk terjadinya pembuahan.

UBAT-UBATAN YANG SEDANG DIGUNAKAN


Ubat-ubatan atau suplement yang diambil secara rutin oleh calon ibu/suaminya yang dianggap berbahaya bagi calon janin. Bila memang ada, doktor akan memberi nasihat dan panduan.

VAKSIN YANG MUNGKIN DIPERLUKAN


Test darah untuk melihat kemungkinan terinfeksinya Torch sehubungan dengan gaya hidup yang dijalani (adanya haiwan peliharaan, kebiasaan makan sayuran/daging mentah, steak setengah matang, lalap, sashimi). Sebelum hamil, pasangan perlu dipastikan bebas dari virus ini. Bila memang diperlukan adanya vaksinasi, doktor akan melakukannya secara minimal satu bulan sebelum nak hamil.

*TORCH. Kata yang satu ini akhir-akhir ini sering kita dengar, terutama yang kaitannya dengan kehamilan dan ibu hamil. Meskipun belum banyak pelaku kehamilan dan medical practice yang anticipate mengenai hal ini, keberadaan virus ini perlu diwaspadai mengingat pada beberapa wanita gagal hamil dan kelainan kandungan yang terjadi, sebagian besar di antaranya disebabkan oleh infeksi kelompok virus ini.


# Apakah sebenarnya TORCH?
TORCH adalah kelompok infeksi yang disebabkan oleh beberapa jenis virus, yaitu Toxoplasma gondii, virusRubella, CMV (Cytomegalo Virus), dan virus Herpes Simplex 2 (HSV II).
# Apa dan siapa yang dapat diserang oleh virus ini?
TORCH menyerang semua jaringan organ tubuh termasuk sistem saraf yang mengendalikan fungsi gerak, penglihatan, pendengaran, kadiovaskular dan metabolisma tubuh. Dapat menginfeksi pada anak-anak hingga usia dewasa.

# Gejala-gejala apa yang ditunjukkan bila seseorang terinfeksi Torch?

Gejala klinikal yang ada umumnya tidak berupa gejala spesifik yang signifikan sehingga sulit membezakannya dengan penyakit lain, atau bahkan gejala yang timbul sama sekali tidak tampak sehingga keberadaan virus ini sulit nak diketahui. Keluhan yang sering timbul adalah pusing, vertigo, migran, penglihatan kabur, pendengaran terganggu, radang tenggorokan, radang sendi, nyeri lambung, lemah lesu, kesemutan, sulit tidur, epilepsi, dan beberapa keluhan lainnya. Meskipun demikian gejala-gejala tersebut belum tentu membuktikan adanya infeksi TORCH.
Untuk mendeteksi keberadaan virus ini secara acurate,pemeriksaan laboratorium adalah tindakan yang paling disyorkan.

# Mengapa hal ini perlu diwaspadai oleh ibu hamil atau calon ibu hamil?

Meskipun gejala yang dialami ibu hamil cenderung tidak tampak, namun virus ini berdampak serius bagi janin yang ada dalam kandungan. Bila terinfeksi pada ibu hamil, virus ini dapat menyebabkan terjadinya berbagai masalah kehamilan dan kandungan seperti kelainan kehamilan dan kandungan, terganggunya tumbuh-kembang janin yang menyebabkan cacat fizikal dan mental pada janin, dan menyebabkan terjadinya abortion secara spontan/ keguguran atau kematian janin, pada beberapa ibu mengandung  bahkan dapat terjadi berulang kali sehingga menjadikan sulit untuk hamil.

# Bagaimana Cara Pencegahannya dan Dapatkah Diubati?

Tiap virus dalam kelompok Torch ini memiliki cara penularan yang berbeda-beda, karena itu dapat memiliki cara-cara pencegahan yang tidak sama persis. Namun secara umum penularan terbanyak adalah melalui kotoran (urin/feses), sekresi kelenjar (ludah, air susu, cairan kelamin), transfusi darah, transplantasi organ, dan plasenta ibu ke janin. Khusus untuk parasit Toxoplasma juga dapat tertular melalui makanan yang dimasak setengah matang yang terkontaminasi kista toxoplasma.

Cara pencegahan terbaik yang disyorkan adalah:
  • - menghindari contact melalui cara-cara di atas dengan penderita Torch
  • - gunakan sarung tangan tiap kali membersihkan kotoran binatang peliharaan, terutama kucing
  • - selalu menjaga kebersihan tangan sebelum makan
  • - menghindari makanan yang dimasak setengah matang/half-cooked (ctt: pematangan di suhu minimal 70 C selama 10 minit akan mematikan virus ini)

# Dapatkah Diubati?
Pesakit dengan kadar Torch yang rendah dapat diubati dengan antibiotik. Namun pengubatan ini tidak efektif untuk kadar Torch yang kronik atau pesakit mengandung dengan usia kandungan di bawah 3 bulan/ tri-semester I.

Kerana itu untuk anticipate nampak negatif di kemudian hari, disarankan untuk calon ibu hamil melakukan test Torch ini terlebih dulu. Bila memang ditemukan adanya infeksi, maka doktor akan melakukan treatment dan vaksinasi lanjutan. Setelah dinyatakan bebas Torch, pesakit baru diperbolehkan untuk mulai hamil.

Kredit:
http://caracepathamil.blogspot.com/

Tuesday, July 24, 2012

Set Bersalin #1: Mak Dara

Source Extracted from http://www.jamumakdara.com 
Selalu tengok kalau orang bersalin, diaorang akan ada set of penjagaan selepas bersalin. Tak kira la sama ada disediakan secara tradisional oleh ibu-ibu mereka atau mak bidan yang diupah ataupun zaman sekarang ni yang dah senang dengan adanya set set bersalin di pasaran. One of the set bersalin yang agak popular sekarang ni adalah Set Bersalin Mak Dara. Disebabkan nak kongsi dengan uols...so saya pun watlah research thru Mr Google. Jom kita sama-sama baca apa dia yang ada dalam set bersalin Jamu Mak Dara nih.

Set Bersalin Jamu Mak Dara dikenali sebagai Set Bersalin Ibu Halimah yang diwarisi turun temurun dari keluarga beliau yang kini diperkenalkan kepada umum. Mengandungi 8 produk yang merupakan Set Lengkap untuk ibu dalam pantang selama 44 hari.

Terdapat lapan barang iaitu:

1. JAMU MAK DARA SERBUK

Cara Penggunaan: Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara ke dalam setengah cawan air panas. Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.

Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang. Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.

2. JAMU MAK DARA KAPSUL

Cara Penggunaan: Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timun, buah kundur dan lain-lain ketika berpantang. Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh-bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika diambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.

3. LOSYEN IBU HALIMAH

Cara Penggunaan: Digunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Khasiat: Losyen Ibu Halimah yang bertindak sebagai param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.

4. PILIS

Cara Penggunaan: Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Khasiat: Pilis digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yang biasa dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.

5. BEDAK SEJUK

Cara Penggunaan: Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehingga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan-kesan hitam. Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu. Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit.

Khasiat: Bedak sejuk liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam supaya kulit kelihatan sentiasa segar dan berseri.

6. REMPAH MANDI

Cara Penggunaan: Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih. Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah direbuh di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat: Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.

7. BENGKUNG

Bengkung Jamu Mak Dara diperbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnaya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Cara Penggunaan: Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada. Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas. Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirnya melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas. Adalah dinasihatkan kepada para ibu untuk menyapu losen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengking. Ini kerana kehanganta losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Disarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. 

Khasiat: Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

8. TUNGKU HERBA KUKUS

Tungku herba ini diperbuat dari herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Cara Penggunaan: Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan satu lapis kain sekirannya panas kemudian tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Khasiat: Digunakan untuk melegakan sakit-sakit sendi dan sengal-sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.

TIPS IBU HALIMAH

* Apabila mengambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan.
* Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu dimulakan pada hari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
* Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakkan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih.
* Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
* Dalam tempoh 44 hari berpantang, jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakkan faraj. Sekiranya mendapati diri hamil, elakkan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
* Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebaliknya lebihkan ulam-ulaman. Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan.
* Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit.

Harga Set Bersalin Ibu Halimah: RM 350.00

Sunday, July 15, 2012

Online Maternity & Baby Store


To all mummy to be out there... or mummy(s) out there...look to what I've found and stumbled upon? Mammahouse... The online maternity and baby store...

Saje-saje je browse and menarik-menarik jugak harga and selection... nak beli? tak ada maknanya lagi la...belum sampai masa... Saja-saja survey-survey... Antara products yang Mammahouse ni jual adalah Nursing Tops, Maternity Panties, Maternity Support Band & Belts, Maternity & Nursing Bra, Maternity Clothes, Maternity Dress, Maternity Leggings, Maternity Jeans & Pants, Baby Wear, Body Shapping (Slimming) dan banyak lagi...Click jer kat link kat atas nih or the pics and it will redirect uols ke sana...

So to all mummy to be and mummy(s)... happy shopping ye... ;)


Saturday, July 14, 2012

Alahan Semasa Kehamilan

Source Extracted from Google
Terbaca di blog Kak Engku Bidan Bersalin tentang alahan semasa kehamilan. Hu hu hu... sebab x pernah experience dan x pernah rasa sebab belum sampai ke tahap itu lagi... selalunya tengok aje... Menurut Kak Engku:

Kembung perut, pedih hulu hati, loya dan muntah. Mengikut kefahaman perubatan moden, punca berlakunya masalah kembung perut, pedih hulu hati serta loya dan muntah tidak diketahui dengan jelas.

Namun, dipercayai masalah tersebut ada kaitan dengan perubahan hormon. Lazimnya berlaku antara minggu ke-6 hingga ke-14 iaitu pada awal kehamilan. Jika ibu mengalami masalah muntah-muntah yang serius, beliau mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, masalah tersebut berpunca daripada deria rangsang yang tidak seimbang dan mengakibatkan keluaran berlebihan bahan asam dalam perut yang menyebabkan pedih hulu hati. Oleh yang demikian, ibu hamil hilang selera makan, menyebabkan angin lendir asam berkumpul dan mengakibatkan kembung.

Difahamkan juga, akibat kelemahan deria rangsang, ibu hamil akan mudah berasa loya dan seterusnya muntah-muntah.

RAWATAN

Ibu hamil dinasihatkan supaya mengelakkan pengambilan makanan jenis berminyak atau bertumis, pedas, berempah atau hanyir. Selain itu, disyorkan juga meminum air rebusan halian yang suam panas.

RESIPI AIR HALIA

Bahan

10-12 cm halia muda
2 helai daun pandan
sedikit gula Melaka atau gula kabung

Cara

Rebus halia muda yang dipotong nipis sebanyak 20 keping. Masukkan daun pandan dan gula Melaka / kabung sebagai pemanis.

PETUA LAIN UNTUK MENGHILANGKAN LOYA DAN MUNTAH

Makanlah nasi yang lembut dengan kuah yang direbus seperti singgang kicap berserai atau salad bersos daun pudina. Jenis makanan seumpama ini berupaya membantu mengurangkan rasa loya, di samping menjauhi penyakit asam perut (gastrik).

Sebagai makanan ringan bagi menghilangkan rasa loya, ibu disyorkan memamah sedikit gula, asam atau garam yang digaul, seperti asam boi atau jeruk halia muda. Jeruk halia juga dapat melawaskan pembuangan angin.

Deria rangsang ialah istilah perbidanan Melayu yang merujuk kepada hormon dan sistem endokrin.
 

Preggy Tickers Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez