Tuesday, July 24, 2012

Set Bersalin #1: Mak Dara

Source Extracted from http://www.jamumakdara.com 
Selalu tengok kalau orang bersalin, diaorang akan ada set of penjagaan selepas bersalin. Tak kira la sama ada disediakan secara tradisional oleh ibu-ibu mereka atau mak bidan yang diupah ataupun zaman sekarang ni yang dah senang dengan adanya set set bersalin di pasaran. One of the set bersalin yang agak popular sekarang ni adalah Set Bersalin Mak Dara. Disebabkan nak kongsi dengan uols...so saya pun watlah research thru Mr Google. Jom kita sama-sama baca apa dia yang ada dalam set bersalin Jamu Mak Dara nih.

Set Bersalin Jamu Mak Dara dikenali sebagai Set Bersalin Ibu Halimah yang diwarisi turun temurun dari keluarga beliau yang kini diperkenalkan kepada umum. Mengandungi 8 produk yang merupakan Set Lengkap untuk ibu dalam pantang selama 44 hari.

Terdapat lapan barang iaitu:

1. JAMU MAK DARA SERBUK

Cara Penggunaan: Bancuhkan satu sudu besar Jamu Mak Dara ke dalam setengah cawan air panas. Kemudian tunggu sehingga suam dan minum air Jamu Mak Dara. Selepas minum Jamu Mak Dara lapiskan dengan segelas air suam untuk melancarkan proses penyerapan jamu.

Sekiranya menyusukan bayi, ampuhkan kedua-dua buah dada dengan lengan tangan sambil meneguk air Jamu Mak Dara. Ini adalah untuk mengelakkan dari air Jamu Mak Dara memasuki laluan susu. Banyakkan minum air suam ketika berpantang. Amalkan meminum air Jamu Mak Dara 2 kali sehari setiap pagi dan malam sebelum makan.

2. JAMU MAK DARA KAPSUL

Cara Penggunaan: Ambil 2 kapsul Jamu Mak Dara setiap kali sebanyak 2 kali sehari sebelum makan. Banyakkan minum air suam selama tempoh berpantang dan elakkan minum air sejuk peti ais, air berais dan makanan yang sejuk seperti tembikai, timun, buah kundur dan lain-lain ketika berpantang. Juga elakkan makanan berlemak, berkuah dan berair seperti kobis, seboleh-bolehnya sehingga selepas pantang kerana jika diambil berlebihan akan memudaratkan kesihatan tubuh.

3. LOSYEN IBU HALIMAH

Cara Penggunaan: Digunakan dengan cara menyapu ke seluruh badan, dada, lengan dan terutamanya dari bahagian pinggang ke pergelangan kaki setiap kali selepas mandi.

Khasiat: Losyen Ibu Halimah yang bertindak sebagai param ini adalah untuk menstabilkan suhu badan ibu-ibu dalam hari dan memastikan tubuh sentiasa hangat. Ia juga baik untuk mengurangkan rasa sejuk kebas pada badan dan mengurangkan kesan-kesan kulit pecah pada badan.

4. PILIS

Cara Penggunaan: Sapu pada dahi setiap kali selepas mandi.

Khasiat: Pilis digunakan untuk melegakan sakit sakit di bahagian ubun dan pening kepala ketika berpantang. Mengurangkan gelap mata yang biasa dialami oleh ibu-ibu selepas bersalin.

5. BEDAK SEJUK

Cara Penggunaan: Ambil 3 hingga 5 butir bedak dan tambah dengan air sehingga menjadi pes. Sapu pada bahagian muka seperti pipi, dagu, leher dan bahagian lain untuk menghilangkan kesan-kesan hitam. Biarkan sehingga kering dan cuci apabila perlu. Seelok-eloknya dibiarkan selama mungkin agar kebaikan bedak sejuk dapat diserap oleh kulit.

Khasiat: Bedak sejuk liang-liang kulit serta menghilangkan kesan-kesan hitam supaya kulit kelihatan sentiasa segar dan berseri.

6. REMPAH MANDI

Cara Penggunaan: Rebus rempah mandi ke dalam satu periuk air sehingga mendidih. Ambil 3 cawan air rempah mandi dan dicampur ke dalam setengah baldi air panas/suam (mengikut kesesuaian). Mandi menggunakan air rempah secukupnya. Sekiranya air rempah direbuh di dalam periuk berkurangan, bolehlah ditambah dengan air yang baru. Rempah mandi boleh digunakan sehingga habis tempoh berpantang mengikut keperluan ibu ibu dalam tempoh berpantang.

Khasiat: Rempah mandi Jamu Mak Dara sangat berkhasiat untuk mengekalkan kehangatan badan ibu-ibu baru melahirkan dan menyingkirkan sel-sel kulit mati pada tubuh. Ia juga untuk membuang angin dan mengelakkan angin dari memasuki liang tubuh dan menyegarkan tenaga tubuh yang lemah. Selain itu ia juga sesuai untuk menghilangkan bau badan dan kesan-kesan hitam akibat kulit pecah.

7. BENGKUNG

Bengkung Jamu Mak Dara diperbuat dari kain belacu yang sesuai untuk digunakan sebagai bengkung kerana kainnaya yang lebih lasak. Bengkung Jamu Mak Dara sangat efektif untuk mengembalikan bentuk tubuh ibu-ibu bersalin selepas melahirkan kepada bentuk asal melalui penggunaan yang konsisten.

Cara Penggunaan: Letakkan bengkung pada badan dari paras bawah buah dada ke paras lutut. Balutkan bengkung pada badan dengan kemas kemudian masukkan tali bengkung ke dalam lubang yang sedia ada. Pastikan tali dimasukkan dengan ketat agar kedudukan bengkung lebih kemas. Lilitkan tali mengikut lubang-lubangnya dan akhirnya melilit tali bengkung dengan ikatan yang ketat dan kemas. Adalah dinasihatkan kepada para ibu untuk menyapu losen Ibu Halimah terlebih dahulu sebelum mengenakan bengking. Ini kerana kehanganta losyen dan ikatan kemas bengkung dapat merapatkan tulang pinggul dan punggung serta mengempiskan bahagian perut. Disarankan bengkung digunakan setiap pagi sejurus selepas mandi terus ke malam sehingga tidur selama tempoh berpantang. 

Khasiat: Kebaikan bengkung adalah merapatkan kembali tulang pinggul dan punggung ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Penggunaan bengkung juga dapat mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada. Selain itu ia juga dapat mengembalikan bentuk tubuh kepada asal dengan penggunaan yang kerap dan betul.

8. TUNGKU HERBA KUKUS

Tungku herba ini diperbuat dari herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang-liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh.

Cara Penggunaan: Basahkan tungku dengan sedikit air agar batu tungku agak lembab. Kukus atau panaskan tungku herba selama lebih kurang 20 minit. Lapiskan dengan satu lapis kain sekirannya panas kemudian tuam pada bahagian yang mengalami masalah. Panaskan semula sekiranya tungku menjadi kurang panas. Biarkan ia sejuk dan kering sepenuhnya selepas digunakan sebelum disimpan.

Khasiat: Digunakan untuk melegakan sakit-sakit sendi dan sengal-sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu ibu dalam tempoh berpantang.

TIPS IBU HALIMAH

* Apabila mengambil jamu, jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan.
* Untuk wanita lepas bersalin, pengambilan jamu dimulakan pada hari ketujuh selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh berpantang.
* Wanita yang bersalin secara pembedahan, digalakkan mengambil jamu selepas 2 atau 4 minggu setelah luka pembedahan pulih.
* Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku dan berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim
* Dalam tempoh 44 hari berpantang, jangan bersama dengan suami untuk mengelakkan kerosakkan faraj. Sekiranya mendapati diri hamil, elakkan mengambil jamu atau sebarang ubat-ubatan lain.
* Apabila usia mencecah 40 tahun, kurangkan pengambilan makanan laut sebaliknya lebihkan ulam-ulaman. Bagi wanita, kurangkan pengambilan makanan dan minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan.
* Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit.

Harga Set Bersalin Ibu Halimah: RM 350.00

1 comment:

  1. hanan tag beramai ramai ;) http://hananhadila.blogspot.com/2012/12/special-year-end-ga-fy-nad.html

    ReplyDelete

thanks for dropping by. thanks for the comments.

 

Preggy Tickers Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez