Friday, July 13, 2012

Teringin Sangat Nak Baby! Cam Ner Ek?

Source Extracted from Google
Apakah Basic Concept on Pregnancy Process?


1. Wanita itu perlu mengeluarkan telur daripada salah satu ovarinya (ia dipanggil proses ovulasi)
2. Telur tersebut mesti melalui saluran fallopian terus menuju ke uterus (rahim)
3. Benih lelaki (sperma) pula perlu bergabung dengan telur dalam perjalanan menuju ke rahim.
4. Telur yang telah disenyawakan itu perlu melekat di dinding rahim.
5. Masalah yang mengganggu dalam salah satu langkah yang dinyatakan tadi adalah dianggap penyebab ketidaksuburan.

Fakta


1. Kira-kira 1/3 kes ketidaksuburan adalah berkaitan dengan wanita.
2. 1/3 lagi disebabkan berpunca daripada lelaki.
3. Dan 1/3 lagi faktor ketidaksuburan adalah campuran faktor-faktor lain yang dikenalpasti.

Apakah Penyebab Utama Ketidaksuburan? 


1. Masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang disenyawakan.
2. Tanda-tanda wanita yang tidak berovulasi secara normal termasuklah haid tidak tetap atau tidak datang haid.
3. Saluran fallopio terhalang dengan penyakit radang pelvik atau endrometriosis.
4. Masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst.

Penyebab-Penyebab Lain Ketidaksuburan?


1. Umur
2. Stress
3. Pemakanan seharian tidak elok
4. Latihan olahraga / sukan yang melampau
5. Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
6. Merokok
7. Ketagihan alkohol
8. Penyakit kelamin
9. Masalah kesihatan yang disebabkan hormon

Tips-Tips untuk Mudah Hamil?


1. Jangan minum ais dan jangan makan ubi kayu ketika datang haid kerana angin boleh memudaratkan.
2. Sekiranya anda mengikuti mana-mana program kehamilan yang dicadangkan pakar, maka ikutlah segala pantang larang program tersebut. Sekiranya anda buat tanpa disiplin, mengakibatkan program yang anda sertai langsung tak berkesan, malahan tubuh badan anda mungkin merasai kesan "side-effect" daripadanya.
3. Niat dan fokus untuk hamil, fikir positif, elakkan stress.
4. Elakkan makanan yang tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.

Credit to:- http://pakarhowto.com/tips/tips-mudah-hamil.html

No comments:

Post a Comment

thanks for dropping by. thanks for the comments.

 

Preggy Tickers Copyright © 2009 Baby Shop is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez